Pages

Monday, 14 March 2011

manfaat terpendam dalam ketawa



Hanya dengan ketawa, anda dapat merasakan beban hidup yang dihadapi lebih ringan. Malah, ketawa sering dijadikan ubat pelbagai penyakit seperti tekanan, arthristis, strok, diabetes dan penyakit jantung. Ini kerana, ketawa memeberikan otot-otot dalam keadaan tenang dan membantu menghilangkan tekanan.

Ketawa terbahak-bahak akan membantu anda melepaskan enzim dan hormon yang sangat diperlukan oleh organ-organ badan agar dapat berfungsi dengan baik. Ia juga dapat mengaktifkan kembali sel T yang berfungsi sebagai antibiotik semula jadi, meningkatkan sistem imunisasi dan melawan pnyakit.

Dengan ketawa, anda akan dapat meningkatkan kepercayan diri dan mental yang kuat dalam menghadapi segala masalah. Secara tidak langsung, ketawa dapat membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan sistem aliran darah meningkat.

dpetik dari majalah Rapi

No comments: